Gara-gara bergurau, rakan hampir digilis bas

Tular satu video di Twitter apabila seorang gadis nyaris digilis sebuah bas apabila ditolak rakannya ketika berjalan kaki di bahu jalan.

Semua orang pasti mempunyai kawan sama ada rapat atau tidak mereka tetap berkawan.

Ini kerana kawan lah yang akan mewarnai kehidupan kita setiap hari tidak kira susah atau senang, pasti dia akan bersama kita.

Selalunya rakan rapat ini tak pernah habis dengan lawak dan gurau senda yang boleh mewarnai hari-hari kita.

Namun, setiap perkara ada batasnya, tak semua perkara boleh dijadikan satu bahan lawak, terutamanya perkara yang boleh membawa maut.

Tular satu video di Twitter apabila seorang gadis nyaris digilis sebuah bas apabila ditolak rakannya ketika berjalan kaki di bahu jalan.

Video yang berdurasi 14 saat ini meraih lebih 2 juta tontonan setakat ini.

Di dalam video itu, gadis tersebut terselamat dari “dilenyek” oleh bas merah yang kebetulan berada disitu.

Rakannya turut terkejut dengan tindakannya itu dan segera memeluk gadis itu bagi menenangkannya.

Walaupun posting di Twitter itu agak baru, tetapi sebenarnya kejadian itu berlaku pada April 2018 dimana pelaku ketika itu berusia 17 tahun.

Menurut laporan Strait Times, si pelaku tersebut menyatakan dia hanya bergurau pada waktu berkenaan.

Namun setelah meneliti rakaman kamera litar tertutup, pihak polis berkata akan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada remaja itu.

Pelaku mungkin disaman atau dipenjara sehingga satu tahun jika didapati bersalah.

Bagaimanapun, pelaku itu didenda RM348 kerana mendatangkan bahaya dan kecederaan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]