Negeri zon hijau pertama Perlis catat kes baru Covid-19

Malaysia mencatatkan 8,956 kes Covid-19 setakat ini.

PETALING JAYA: Perlis, negeri zon hijau pertama Covid-19 yang diisytiharkan Kementerian Kesihatan pada April lalu, mencatatkan kes baru hari ini.

Infografik KKM menunjukkan satu kes dilaporkan di Kangar.

Hanya Perak, Pulau Pinang dan Melaka yang masih menjadi negeri zon hijau tanpa sebarang kes aktif.

Sarawak mencatatkan kes aktif tertinggi di seluruh negara dengan 52 kes di Kuching, 4 di Samarahan dan satu di Lundu.

Kuching menjadi satu-satunya zon merah di negeri itu.

Sejumlah 8,956 kes Covid-19 dicatatkan di seluruh negara dengan 124 kematian setakat ini.

Seramai 8,612 pesakit sudah sembuh, manakala 220 orang masih dirawat di seluruh negara.