Papan pemotong calar balar lebih kotor dari tandas, mungkin punca sakit perut!

Bagi ibubapa yang bekerja, sudah pasti memilih untuk makan di luar bagi memandangkan penat apabila seharian berhempas pulas menyiapkan tugasan.

Malah aktiviti masak memasak kebiasaannya hanya akan dilakukan ketika hujung minggu sahaja.

Namun apa yang perlu dititikberatkan adalah kebersihan restoran atau kedai makan yang dikunjungi.

Pernahkah anda melihat keadaan dan rupa papan pemotong makanan yang ada di rumah, mahupun di kedai makan yang dikunjungi?

Berdasarkan posting daripada Public Health Malaysia, papan pemotong yang calar balar, berdaki dan berkulat merupakan salah satu punca menyebabkan keracunan makanan, seterusnya mengakibatkan cirit-birit dan sakit perut.

Ia disebabkan kehadiran kuman seperti Salmonella, e-coli dan sebagainya dalam kesan rekahan serta calar pada permukaan papan pemotong ini.

Hasil kajian menunjukkan, 1cm persegi papan pemotong mempunyai lebih 24,000 bakteria sekaligus menjadikan ia 200 kali ganda lebih banyak kuman berbanding tempat duduk tandas!

Justeru, disarankan agar anda tidak menggunakan papan pemotong yang sudah daif, selain menggunakan papan pemotong yang berbeza untuk bahan mentah, sayuran atau buah-buahan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]