Syarikat di AS tawar RM43,000 untuk mereka kerap ke tandas sebagai pekerjaan

Pekerjaan diiklankan di ‘VP for Fecal Matters’ mencari individu yang ‘suka’ membuang air besar bagi menguji dan mempelajari tabiat membuang air selama 3 bulan.

Jika sebelum ini ada syarikat yang menawarkan pekerjaan hanya dengan tidur, semata-mata mahu menguji kehebatan tilam mereka, kini sebuah syarikat pembuat mangkuk tandas pula mengeluarkan tawaran yang sama.

Walaupun kedengaran agak pelik tapi inilah hakikat yang berlaku di dunia ketika ini.

Sebuah syarikat produk jenama Tushy yang berpangkalan di Amerika Syarikat dilaporkan mencari individu yang bakal menguji produk keluaran mereka.

Kerjanya mudah, hanya perlu duduk dan buang air besar di mangkuk tandas keluaran mereka dan anda akan mendapat bayaran sebanyak RM43,000.

Pekerjaan yang diiklankan di bawah tajuk “VP for Fecal Matters” mencari individu yang “suka” membuang air besar bagi tujuan menguji dan mempelajari tabiat membuang air besar mereka sendiri selama 3 bulan.

Selain itu, mereka yang terpilih juga akan menguji beberapa produk keluaran Tushy, menemubual orang terdekat mengenai tabiat membuang air besar serta berkongsi pengalaman membuang air besar di media sosial.

“Dengan bimbingan dari Ketua Pegawai Pooping kami, Dr. Mark Hyman, VP Fecal Matters akan menguji dan mempelajari tabiat buang air besar mereka sendiri dan mendokumentasikannya melalui media sosial TUSHY,” kata kenyataan daripada Tushy.

Bagaimanapun difahamkan tawaran pekerjaan ini sudah ditutup.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]