Cara servis dapur gas lama tersumbat, nyalaan api kecil

Jika nyalaan api dapur gas jadi kecil selepas bertahun menggunakannya sebenarnya ia boleh di servis sendiri.

Kebanyakan rumah menggunakan dapur gas. Masalah yang selalu berlaku bila menggunakan dapur jenis ini adalah api akan mula jadi kecil bila bertahun-tahun menggunakannya.

Inilah yang melambatkan tempoh memasak.

Bila jadi begini kita selalunya akan cari dapur baru saja.

Tapi sebenarnya ia boleh diselesaikan dengan servis sendiri dapur gas ini.

Cara nak buat tak susah pun. Kalau kaum wanita nak buat sendiri pun tiada masalah.

Ikuti perkongsian dari Abdul Ghopar Zakaria ini.

DIY servis dapur gas

Barang-barang yang diperlukan

1.Playar
2.Spray anti karat WD40
3.Pemutar skru jenis bunga dan philips
4.Klip kertas
5.Surat khabar lama

Langkah demi langkah

1. Sebelum di servis apinya biru tetapi perlahan.

2. Terbalikkan dapur. Tanggalkan tungku dari injap gas dengan mencabut pin di bahagian bawahnya.

3. Selesai tanggalkan tungku dari injap gas.Cuba buka skru untuk pisahkan injap gas dan paip gas. Jika terlalu ketat tidak perlu dipisahkan. Dalamnya ada getah seal dan akan nampak injap gas berlubang besar dan kecil bagi mengawal penggunaan gas.

Bagi golongan wanita yang ingin melakukannya sendiri tidak perlu keluarkan injap dan paip gas ini. Terus cucuk klip kertas ke saluran injap gas.

4. Injap dan paip gas dikeluarkan sepenuhnya.

5. Ambil spray anti karat dan semburkan ke dalam bahagian penyambung antara tungku dan injap gas.Kemudian gunakan klip kertas untuk mencucuk lubang halus di injap gas.

6. Kesan lapisan minyak dari lubang injap gas. Lapisan minyak ini akan bertukar menjadi kerak minyak dan membuatkan saluran injap gas tersumbat. Bersihkan beberapa kali sehingga berpuas hati.

7. Ini contoh retakan pada bahagian fire starter. Pulas-pulas tetapi api tidak menyala dan perlu guna surat khabar atau external fire starter untuk hidupkan dapur gas. Usah khuatir, ketuk sedikit bahagian besi supaya retakan menjadi rapat. Ianya tidak membahayakan.

8. Akhirnya ia sudah siap di servis. Dapur ini telah dua tahun digunakan. Dapur yang dijaga dengan baik mampu bertahan lebih lama.

Jika perumahnya dan paip gas sudah terlalu uzur dinasihatkan tukarlah yang baru ya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]