OIC seru jemaah haji patuhi penjarakan sosial, jaga kesihatan

OIC meminta jemaah haji mematuhi prosedur kesihatan yang dilaksanakan pihak berkuasa Arab Saudi untuk melindungi mereka, anggota keluarga dan jemaah lain. (Gambar AP)

JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) meminta jemaah haji tahun ini memberi komitmen untuk mengamalkan penjarakan sosial demi menjaga kesihatan semua pihak, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Setiausaha agung OIC, Dr Yousef Al-Othaimeen, meminta jemaah haji mematuhi prosedur kesihatan yang dilaksanakan pihak berkuasa di Arab Saudi untuk melindungi mereka, anggota keluarga dan jemaah lain.

Beliau turut menasihatkan semua jemaah agar memanfaatkan perkhidmatan kesihatan dan peraturan yang disediakan kerajaan Arab Saudi.

Al-Othaimeen menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi, yang dipimpin Raja Salman Abdulaziz Al Saud atas kesungguhan untuk melaksanakan ibadah haji tahun ini meskipun pandemik Covid-19 sedang melanda.