Penduduk Australia dapat RM4,500 jika positif Covid-19

Mereka juga akan diberikan wang jika sanggup hadir untuk ujian pengesanan Covid-19. (Gambar AP)

Penduduk di Victoria, Australia akan dibayar RM909.38 jika mereka sanggup untuk menduduki ujian pengesanan Covid-19 dan perlu kuarantin diri mereka sendiri.

Memetik laporan ABC seperti yang diterbitkan oleh India News, bagaimana pun bayaran hanya dilakukan jika mereka pekerja dan tidak mempunyai cuti sakit untuk digunakan bagi tujuan ini.

Penduduk di Victoria juga perlu memberikan slip gaji atau pernyataan berkanun kepada pihak berkuasa, dan akan menerima bayaran RM4,546.90 jika mereka didapati positif wabak berkenaan.

Perdana Menteri Daniel Andrews mengatakan langkah ini dapat membantu menyekat penyebaran Covid-19.

Insentif ini diberikan kepada penduduk disana selepas wujud rasa bimbang akan kehilangan pekerjaan jika mereka terpaksa menghadiri ujian pengesanan Covid-19.

Sehingga kini, Victoria merekodkan 5 kematian akibat Covid-19 dengan 403 kes baru.

Penambahan kes ini juga berpunca daripada kedegilan penduduk di kawasan ini yang enggan melakukan kuarantin sendiri meskipun mereka mempunyai simptom Covid-19.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]