PKR pecat Kenny Chua

(Gambar Facebook)

PETALING JAYA: PKR hari ini memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam, Kenny Chua Teck Ho berkuat kuasa serta-merta selepas didakwa menyokong kumpulan bekas ketua Menteri, Musa Aman untuk menjatuhkan kerajaan Sabah.

Dalam kenyataan hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Ahmad Kasim berkata, keputusan dibuat selepas mendapat pengesahan Majlis Pimpinan Negeri Sabah berhubung kehadiran beliau dalam blok Musa.

“Mengambil kira pendirian PKR bahawa pengkhianatan terhadap mandat rakyat tidak boleh dibenarkan berlaku, maka Lembaga Disiplin mengumumkan bahawa Kenny Chua Teck Ho dipecat dari PKR berkuatkuasa serta-merta,” menurut kenyataan itu.