Rombongan Musa ditahan di laluan ke Istana Negeri

Rombongan Musa Aman ditahan di laluan ke Istana Negeri di Kota Kinabalu petang tadi.

KOTA KINABALU: Musa Aman bersama rombongannya ditahan di laluan ke Istana Negeri petang tadi.

Rombongan lebih 10 kenderaan itu ditahan di sekatan polis berhampiran Bulatan Nanas di Jalan Istana pada kira-kira 3.50 petang.

Belum dapat dipastikan tujuan rombongan berkenaan, namun Musa pada sidang media sebelum itu mengumumkan beliau mempunyai majoriti cukup untuk membentuk kerajaan baharu.

Beliau juga mempersoalkan kewajaran Ketua Menteri Shafie Apdal memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri.