Agong, Permaisuri tunai solat Aidiladha di masjid Kuantan

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tiba di Masjid Tengku Ampuan Afzan di Kuantan untuk menunaikan solat sunat Aidiladha. (Gambar Bernama)

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menunaikan solat sunat Aidiladha bersama jemaah di Masjid Tengku Ampuan Afzan di sini.

Ketibaan Sultan Abdullah yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke masjid itu pada 8.25 pagi tadi, disambut Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan exco Pahang.

Turut hadir menunaikan solat sunat ialah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Sultan Abdullah.

Solat sunat itu dipimpin imam besar Mohd Hafiz Suhaili, manakala bacaan khutbah Aidiladha disampaikan Kadi Kuantan, Abdul Aziz Abd Karim.

Sultan Abdullah turut menyaksikan ibadah korban melibatkan 9 ekor lembu di perkarangan masjid sebelum pulang.