Kematian akibat Covid-19 di India mengatasi Itali

Seorang wanita menunggu giliran ketika petugas kesihatan mengumpul sampel ujian Covid-19 di Hyderabad pada Isnin. (Gambar AP)

NEW DELHI: Angka kematian berkaitan koronavirus di India melepasi 35,000 hari ini, mengatasi Itali, ketika jutaan terjejas dengan banjir yang meragut hampir 350 nyawa dan memberi kesan pada usaha melawan pandemik itu.

Dengan 779 kematian baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam, kementerian kesihatan India melaporkan jumlah keseluruhan kematian kini 35,747 mangsa, menjadikan India negara kelima yang mempunyai kematian tertinggi selepas Amerika Syarikat, Brazil, Britain, dan Mexico, menurut kiraan AFP.

Jumlah jangkitan di negara kedua paling ramai penduduk itu kini mencecah 1.63 juta, diatasi AS dan Brazil, yang mempunyai jumlah penduduk yang lebih kecil.

Ramai pakar meragui angka rasmi yang dilaporkan India, mengatakan pihak berkuasa tidak menguji orang ramai dengan secukupnya dan kematian berkaitan koronavirus tidak dilaporkan dengan betul.

Kajian minggi ini yang menguji antibodi koronavirus melaporkan kira-kira 57% orang di kawasan setinggan di Mumbai dijangkiti – lebih tinggi daripada data rasmi.

Munggu lepas, kajian seperti itu juga menunjukkan hampir suku daripada orang di New Delhi mempunyai virus itu – hampir 39 kali ganda jumlah rasmi.

Banjir monsun tahunan di timur dan timur laut India menyebabkan puluhan ribu hilang tempat tinggal dan memberi kesan pada usaha menghentikan penularan virus.

Di negeri Bihar, yang mempunyai 125 juta penduduk, 11 orang meninggal dunia lebih 25,000 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara ketika kawalan

“Membantu mangsa banjir jadi sukar kerana takut pandemik,” kata seorang petugas Mahendar Yadav.