Kucing pertama dikebumikan di angkasa lepas telan belanja RM21,200

Pengebumian kucing di angkasa lepas bernama Pikachu menelan kos hingga RM21,200.

Seekor kucing yang diberikan nama panggilan Pikachu, disahkan mati akibat daripada komplikasi dalaman, akan dihantar ke angkasa lepas untuk dikebumikan.

Pemilik, Steve Munt, merancang untuk melakukan sedemikian dan akan menjadi kucing yang pertama kali seumpamanya di dunia.

Ia juga menelan kos sehingga RM21,200 dan kini beliau sedang mengumpulkan dana untuk menghantar kucingnya yang sudah mati itu ke angkasa.

Terdahulu, Celestis Pets, syarikat yang menguruskan haiwan yang mati, sudah menghantar 2 ekor anjing ke angkasa dimana bangkai haiwan ini akan menjadi debu apabila keluar daripada ruang angkasa.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]