SPR akan bincang PRN di Sabah

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah penggal ke-15 semalam, kata Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak.

Beliau berkata, berdasarkan Perkara 21 (4) Perlembagaan Negeri Sabah, pilihan raya hendaklah diadakan dalam 60 hari dari tarikh pembubaran DUN.

“Justeru, SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tarikh mesyuarat itu akan dimaklumkan kemudian.

Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN semalam.