6 tip pemilihan sofa selesa dan jimatkan wang untuk anda buat pilihan

Fungsi, gaya, keselesaan dan reka bentuk sofa yang memberikan ciri tersendiri kepada dekorasi sesebuah rumah. (Gambar Rawpixel)

Semua orang yang pulang ke rumah selepas seharian penat bekerja sudah pasti rumah mereka sedap mata memandang dan paling utama selesa.

Sebab itulah perumpamaan rumahku, syurgaku sering digunakan bagi menggambarkan kediaman yang damai, tenang serta tempat berehat dan bersantai bersama keluarga atau rakan.

Dan sudah pasti tempat pertama yang dituju adalah ruang tamu untuk berehat di sofa yang empuk dan selesa.

Sehubungan itu pentingnya memilih sofa yang sesuai untuk keperluan diri dan keluarga.

Apa yang paling penting adalah fungsi, gaya, keselesaan dan reka bentuk yang memberikan ciri tersendiri kepada dekorasi sesebuah rumah.

Bagi pasangan baru berkahwin, membeli kelengkapan perabot satu kemestian dan selagi boleh berjimat namun pada masa yang sama mendapat keselesaan sudah pasti menjadi pilihan utama.

1. Saiz beri peranan penting

Sudah tentu, sebelum membeli sofa, perkara yang paling penting untuk dilakukan adalah untuk menyemak saiz ruang tamu anda terlebih dahulu!

Jika anda mempunyai ruang tamu yang lebih kecil, penyelesaian terbaik adalah dengan mendapatkan sofa dengan dua tempat duduk berbanding tiga tempat duduk.

Bagaimanapun, bagi mendapatkan ruang yang selesa, anda juga boleh memilih sofa jenis modular.

Bagusnya mengenai sofa jenis ini, ia dapat dipisahkan kepada bahagian berasingan dan dipindahkan dengan mudah sekiranya ada rakan-rakan atau saudara yang melawat ke rumah.

2. Warna sofa ceriakan suasana

Tidak hanya tentang ketahanan dan keselesaan, skema warna sesuatu sofa turut memberi kesan berbeza kepada ruang tamu kediaman anda.

Adakah anda suka warna merah dan jingga atau anda lebih cenderung kepada ton warna yang neutral?

Pertimbangkan soal warna sofa yang anda pilih agar ia berintegrasi dengan skema warna rumah dan perabot sedia ada.

Atau mungkin anda ingin menambah warna pada latar belakang ruang tamu bagi menjadikan sofa anda tampak menonjol.

3. Butiran beri nilai tambah keselesaan

Ciri dan fungsi turut memainkan peranan dalam pemilihan sesuatu sofa selepas menentukan ukuran dan reka bentuk dan warna yang anda mahukan.

Contohnya, anda mungkin tinggal di pangsapuri studio yang tiada gangguan.

Dalam kes ini, sofa yang dilengkapi dengan ruang penyimpanan tersembunyi berfungsi untuk dua tujuan; ruang simpanan yang tidak dapat dilihat dan ia tidak memerlukan ruang tambahan.

4. Sokongan tambahan

Adakah kaki anda berada pada posisi betul semasa duduk di sofa atau adakah anda lebih suka duduk bersila atau ketinggian tempat penyandar tangan sesuai ketika anda menonton televisyen?

Sokongan tambahan sebenarnya memainkan peranan dalam memaksimumkan keselesaan anda.

Sokongan kepala dan leher yang terbaik untuk keselesaan anda dan keluarga dapat menentukan sama ada anda memilih sofa yang tinggi atau rendah atau sandaran tangan lebih tinggi dan lebar untuk sokongan lebih baik (juga bagus untuk meletakkan dulang makanan dan minuman).

5. Pentingkan perlindungan

Jenis pelapik atau penutup yang anda pilih untuk sofa juga mampu mempengaruhi penampilan sofa seperti warna dan reka bentuknya.

Faktor haiwan peliharaan atau sekiranya anda gemar mengadakan parti dapat menentukan sama ada anda mahu pelapik sofa kain yang mudah dibersihkan dan tahan lama.

Pelapik kain memberikan keselesaan tertentu, sementara kain Itali dengan kemasan suede memberikan sentuhan glamor.

6. Cantik di mata, dalam masa sama jimat

Berpindah ke kediaman baru langkah besar dan komitmen kewangan seumur hidup.

Sehubungan itu sofa fabrik lebih menjimatkan dan kebiasaannya ia datang dalam pelbagai jenis warna, reka bentuk dan gaya.

Namun jika anda mempunyai bajet yang lebih, maka pertimbangkan sofa kulit yang lebih mewah dan berkualiti tinggi sesuai dengan pelaburan dibuat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]