Ahli SPR Ramlan Ibrahim letak jawatan

Ramlan Ibrahim dilantik sebagai ahli SPR pada Februari 2019. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan peletakan jawatan Ramlan Ibrahim sebagai ahlinya berkuat kuasa semalam.

SPR berkata, peletakan jawatan itu sudah dipersetujui Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“SPR mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ramlan atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sebagai ahli SPR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramlan, 63, yang merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Luar, dilantik sebagai ahli SPR pada Februari 2019.