Tip tinggalkan bungkusan air dalam pasu supaya tanaman tak layu

Caranya mudah dan murah, modal cuma plastik dan getah saja.

Bagi yang suka bercucuk tanam di halaman rumah, pasti susah hati untuk tinggalkan rumah dalam jangka masa yang lama.

Takut tanaman layu dan mati bila tak bersiram.

Tapi tip dari Lina Sahedin yang dikongsi melalui Facebook “Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri” ini mampu mengelak situasi pokok bunga atau tanaman mati dari terjadi.

Caranya mudah dan murah, modal cuma plastik dan getah saja. Kreatif sungguh!

Beginilah cara buat kalau nak tinggal rumah dalam beberapa hari.

Caranya:

1. Isi air dalam plastik dan ikat tapi jangan ikat terlalu padat sebab air keluar akan cepat. Biar longgar saja plastik.

2. Cucuk plastik berisi air dengan hujung jarum peniti agar air dapat keluar secara perlahan.

3. Insya-Allah cara ni boleh bertahan beberapa hari. Selamat mencuba semua.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]