Betulkah bersukan waktu malam berbahaya?

Adakah bahaya bersukan waktu malam itu satu fakta atau sekadar mitos?

Ramai antara kita lebih gemar untuk melakukan aktiviti sukan pada waktu malam, mungkin atas faktor kekangan waktu pada siang hari.

Malah ada juga yang mungkin merasakan waktu malam lebih sejuk cuacanya berbanding siang.

Namun menurut seorang doktor, bersukan pada waktu malam boleh membawa kesan buruk kepada diri dan boleh menjadi pembunuh senyap.

Adakah ini fakta atau sekadar mitos semata?

Menurut Dr. Afiq Rahim, seperti dipetik dari laman Medical Mythbusters Malaysia, bersenam atau bersukan pada waktu malam boleh membantu seseorang itu mencapai kualiti tidur yang lebih baik, lagi-lagi bagi mereka yang insomnia.

Namun dinasihatkan agar seseorang itu mengelakkan senaman berat dan berintensiti tinggi untuk tempoh satu jam sebelum tidur.

Malah, tidur yang berkualiti juga boleh mengurangkan risiko darah tinggi, masalah serangan jantung dan juga angin ahmar.

Justeru, tiada masalah untuk seseorang itu bersukan atau bersenam pada waktu malam.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]