Bot meletup di Semporna, 7 cedera, 2 parah

Tujuh cedera selepas sebuah bot meletup dalam kejadian berhampiran Jalan Kastam, Semporna, semalam.

SEMPORNA: Tujuh pekerja sebuah pusat pelancongan cedera, termasuk 2 parah selepas sebuah bot meletup dalam kejadian berhampiran Jalan Kastam di sini, semalam.

Difahamkan, ketika kejadian semua mangsa berada di dalam bot dan sedang memindahkan minyak dari sebuah tangki minyak bot, sebelum ia meletup.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Semporna ketika dihubungi berkata, kejadian letupan itu mengakibatkan semua mangsa terhumban ke laut dan melecur di beberapa anggota badan.

“Kami menerima panggilan pada jam 1.16 tengah hari selepas semua mangsa dihantar ke Hospital Semporna.

“Tiada kerja memadam kebakaran dilakukan. Bot hanya mengalami kerosakan kecil,” katanya.