Gara-gara takut Covid-19, lelaki Korea cuci duit guna mesin basuh

Semata-mata mahu elak Covid-19, cuci duit guna mesin basuh.

Seorang lelaki Korea Selatan hampa apabila duit yang dicucinya rosak selepas dia bertindak membasuh duit tersebut dengan menggunakan mesin basuh.

Lelaki tersebut yang tidak didedahkan identitinya telah menyimpan sejumlah duit kertas RM178 di dalam mesin basuh pada awal tahun ini.

Selepas menemui hampir kesemua duitnya rosak “dimakan” mesin basuh, lelaki ini cuba untuk menukar wang rosak tersebut kepada wang yang baru di Bank of Korea.

Nasib baik berpihak kepada dirinya, Bank of Korea menerima wang rosak tersebut dan menukarkan kepada wang yang baharu.

Dilaporkan, wang yang diterima oleh pihak mereka berjumlah RM811,675.

Menurut Seo Jee Wun, individu yang bertanggungjawab mengendalikan kes ini, Bank of Korea telah menukarkan sejumlah 507 keping 50,000 won kepada lelaki tersebut.

Namun, masih terdapat wang yang tidak dapat ditukarkan kerana mengalami kerosakan yang sangat teruk.

Menurut Eom, wang yang rosak tersebut adalah hasil pemberian orang ramai ketika berlakunya pengebumian salah seorang ahli keluarganya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]