Mexico julung kali catat lebih 9,000 kes baru Covid-19

Jururawat Claudia Flores Martinez (kanan) membantu Dr Diana Pacheco mengumpul sampel ujian saringan Covid-19 test dalam sebuah khemah diagnostik bergerak di San Gregorio Atlapulco, daerah Xochimilco di Mexico City akhir bulan lalu. (Gambar AP)

MEXICO CITY: Mexico pertama kali mencatatkan lebih 9,000 kes baru Covid-19 pada Sabtu, mengatasi rekod sebelum ini buat hari ke-2 berturut-turut.

Kementerian Kesihatan Mexico melaporkan 9,556 kes baru koronavirus dan tambahan 784 kematian, melepasi rekod 8,458 kes Jumaat lalu.

Ini menjadikan keseluruhan 47,472 kematian daripada 434,193 kes positif Covid-19.

Rekod baru itu dicatatkan sehari selepas Mexico mengatasi Britain sebagai negara dengan jumlah kematian ke-3 tertinggi di seluruh dunia.

Mexico bergelut dalam usaha membendung penularan pandemik itu dan sejak hujung Mei lalu cuba memulakan semula ekonominya yang menguncup lebih 17% suku ke suku pada April hingga Jun lalu.

Kerajaan berkata, jumlah sebenar individu dijangkiti Covid-19 mungkin jauh lebih tinggi daripada kes disahkan.