Tradisi unik sambutan Aidiladha di 4 negara

Terdapat perbezaan cara sambutan Aidiladha di beberapa negara Arab.

Setiap tahun Umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha.

Sekiranya di Malaysia, umat Islam menyambut perayaan Aidiladha dengan acara penyembelihan korban seperti lembu dan kambing.

Bagaimana pula dengan negara-negara lain?

1. Pakistan

Untuk sambutan Aidiladha, kerajaan Pakistan memberikan 4 hari cuti umum. Golongan wanita akan mengenakan inai dengan rekaan unik dan memakai tudung berwarna-warni sebelum ke masjid.

Kaum lelaki pula memakai salwar kameez tradisional dan minyak atar sebelum ke masjid.

2. Kazakhstan

Umat Islam di Kazakhstan turut menyambut Aidiladha dengan mengadakan acara korban dan rumah terbuka seperti di Malaysia.

Bagaimanapun, mereka juga akan turun ke jalanan untuk menghulurkan bantuan seperti makanan dan derma kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Selain itu, umat Islam di Kazakhstan juga menyambut Hari Raya Aidiladha dengan bertukar hadiah antara ahli keluarga.

3. Mesir

Umat Islam di Mesir menyambut Aidiladha seperti sebuah festival. Kanak-kanak di Kaherah akan bermain pelbagai jenis permainan dan turut menerima belon berwarna-warni secara percuma.

Namun, apa yang paling menarik ialah para jemaah akan mendirikan solat di bawah kumpulan besar belon di Masjid El-Seddik yang terletak di ibu negara Mesir.

Untuk pengetahuan anda, kumpulan besar belon itu akan dilepaskan di masjid berkenaan selepas selesai solat.

4. Maghribi

Aidiladha turut disambut dengan sangat meriah di Maghribi. Walaupun cuti umum diberikan, ramai orang yang tidak mengambil cuti.

Suasana terasa begitu “hidup” ketika Aidiladha.

Ini kerana kanak-kanak dan orang dewasa mengerumuni jalan serta lorong di kampung atau bandar.

Berbeza dengan Aidilfitri, anda boleh mendengar letupan bunga api ketika Aidiladha “Tabla” pula dimainkan untuk mengiringi laungan takbir.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]