Muzik video Upin Ipin dengan irama dangdut bakal cetus fenomena baru
Dimuat naik tidak sampai 24 jam, tontonan muzik video ini sudah mencecah lebih 700 ribu tontonan.
Animasi Upin & Ipin sudah tidak asing lagi dalam dunia animasi tempatan sejak 2007.
Pelbagai siri dan filem diterbitkan untuk tontonan kanak-kanak dan seisi keluarga.
Malah tidak dinafikan ada juga di antara kita sendiri suka melayan siri animasi Upin & Ipin ini.
Setelah lebih satu dekad, hasil animasi terbitan Les’ Copaque Production mendapat sambutan hangat di persada antarabangsa sehingga ke Indonesia, Brunei dan Turki.
Dengan populariti yang diraih dari negara seberang, Indonesia, kini sebuah muzik video “Upin & Ipin – Goyang Upin & Ipin” dihasilkan dengan sentuhan irama dangdut.
Baru sahaja dimuat naik tidak sampai 24 jam, tontonan muzik video ini sudah mencecah lebih 700 ribu tontonan.
Apa yang menariknya, ada juga pengguna laman sosial yang membuat Tik Tok dengan pelbagai gaya dan reaksi yang tersendiri.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]