Ammonium nitrat 2,750 tan punca gudang meletup di Beirut

Ambulans bersedia di lokasi letupan besar di Beirut semalam. (Gambar AP)

BEIRUT: Letupan yang menggegarkan ibu kota Lubnan dan mengakibatkan ribuan cedera, didakwa berpunca daripada 2,750 tan ammonia nitrat di kawasan gudang pelabuhan itu.

Perdana Menteri Lubnan Hassan Diab berkata baja kimia yang disimpan bertahun-tahun itu punca letupan yang setakat ini sudah mengorbankan lebih 70 orang.

“Sama sekali tidak boleh diterima 2,750 tan ammonium nitrat disimpan dalam gudang selama 6 tahun tanpa sebarang langkah pencegahan,” kata Hassan menurut laporan AFP.

Hassan turut menambah pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut akan mendapat hukuman setimpal.

Dua letupan menggegarkan pelabuhan di Beirut pada Selasa menyebabkan 73 orang terkorban dan 3, 700 yang lain cedera.

Letupan besar itu dilaporkan boleh didengar sehingga ke bandar Nicosia di Cyprus, yang terletak sejauh 240 kilometer dari Beirut.