Cara semakan penempatan tahun 1 & pra-sekolah KPM bagi sesi 2021

Bermula hari ini semua ibu bapa boleh membuat semakan kemasukan anak pra-sekolah atau Tahun 1.

Bagi ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak bagi kemasukan Pra-sekolah dan Tahun 1 di sekolah kebangsaan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) Tahun 2021, anda boleh membuat semakan penempatan berdasarkan tarikh dan maklumat berikut.

A. Semakan keputusan dan rayuan permohonan kemasukan pra-sekolah KPM tahun 2021

Cara semakan seperti langkah dibawah:

Tarikh semakan penempatan pra-sekolah KPM tahun 2021

Bermula 5 Ogos 2019 di laman sesawang : https://eprasekolah.moe.gov.my/

1. Log masuk

Mula-mula pergi ke laman web E-Prasekolah dan log in seperti biasa dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.

Jika terlupa, klik pada butang “lupa kata laluan” untuk reset kata laluan dan memasukkan kata laluan baru.

2. Semak keputusan penempatan

Semak sama ada keputusan penempatan berjaya seperti yang diminta semasa permohonan.

Jika berjaya, buat pengesahan dan cetak surat yang dilampirkan untuk dihantar ke pra-sekolah bagi proses perakuan.

3. Buat rayuan jika perlu

Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2020 hingga 20 Ogos 2020.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan pihak sekolah yang di mohon atau email ke [email protected]

B. Semakan penempatan tahun 1 bagi kemasukan 2021

Penempatan kanak-kanak ke Tahun 1 bagi Sesi Kemasukan 2021 akan dibuka mulai 1 Ogos 2020 kepada semua negeri kecuali Wilayah Persekutuan Putrajaya yang hanya akan dibuka mulai pada 1 Oktober 2020.

Semakan penempatan Tahun 1 ini boleh dibuat di laman sesawang https://public.moe.gov.my mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan.

Bagi ibu bapa/ penjaga yang tidak mempunyai kemudahan internet, pendaftaran ke Tahun Satu secara dalam talian boleh dibuat di sekolah yang hendak di mohon.

Segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna (ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi di talian dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan di https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]