Pemandu lori lacur isteri, anak didakwa esok

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata, 3 lelaki warga Pakistan dan seorang lelaki Bangladesh berusia antara 29 hingga 35 tahun yang merupakan pelanggan kepada mangsa kanak-kanak itu akan dihadapkan ke Mahkamah Kajang atas kesalahan merogol. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pemandu lori akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang (ATIPSOM) esok atas kesalahan melacurkan isteri dan anak kandungnya yang berusia 13 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata, 3 lelaki warga Pakistan dan seorang lelaki Bangladesh berusia antara 29 hingga 35 tahun yang merupakan pelanggan kepada mangsa kanak-kanak itu akan dihadapkan ke Mahkamah Kajang atas kesalahan merogol.

“Suspek lelaki berusia 43 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 13 (b) dan Seksyen 14 Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM).

“Dia juga akan didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dengan 3 pertuduhan di Mahkamah Sesyen (ATIPSOM) Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadzil berkata, 4 warga asing itu akan didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan di Mahkamah Kajang.

Beliau berkata, pada 11 Julai lalu polis menerima laporan daripada ibu saudara mangsa mendakwa mangsa dirogol dan dilacurkan oleh bapanya di sebuah kondominium di Hulu Langat sejak 2017.