Tak dibenarkan menjerit, taman tema berikan sticker menjerit pada ‘face mask’

Pengunjung taman tema akan dapat merasa seolah-olah menjerit masa naik roller coaster.

Sebelum ini sebuah taman tema Disneyland di Shanghai, China melarang orang ramai daripada menjerit ketika menaiki permainan roller coaster untuk mengelakkan jangkitan Covid-19.

Sehubungan itu pendekatan yang sama digunakan oleh kebanyakan taman tema lain seluruh dunia, bagi mengekang penularan jangkitan wabak ini.

Ia nyata memberikan sedikit impak kepada orang ramai yang menggunakan permainan dalam taman tema ini.

Disebabkan itu, sebuah Taman Tema Greendland di Kumamoto mengambil pendekatan berbeza dalam memberikan hiburan kepada pengunjung mereka iaitu dengan memberikan pelekat muka menjerit untuk ditampal pada pelitup muka supaya kelihatan seolah pemakainya sedang menjerit.

Terdapat 5 rekaan pelekat pada pintu masuk roller coaster berkenaan, dan salah satunya adalah pelekat muka menjerit.

Menurut pengurusan taman tema itu, menggunakan pelekat muka menjerit membolehkan mereka untuk “menjerit dengan senyap”, dan dalam masa sama menyekat penyebaran wabak Covid-19 daripada berleluasa.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]