Ambil perhatian perubahan warna kuku mungkin punca penyakit bahaya!

Warna kuku boleh berubah-ubah sekaligus boleh menjadi tanda seseorang sedang mengalami penyakit dan ada di antaranya serius.

Tidak dinafikan ramai di antara kita sering mengabaikan penjagaan kuku walaupun sebenarnya ia adalah cerminan kesihatan tubuh seseorang.

Tahukah anda di bawah lapisan kuku terdapat banyak pembuluh darah yang membuatkan warna kuku kita kemerahan.

Dalam pada itu warna kuku juga boleh berubah-ubah sekaligus boleh menjadi tanda seseorang sedang mengalami penyakit dan ada di antaranya serius.

Jadi jika warna pada kuku tidak kelihatan normal dan disertai gejala lain, sebaik-baiknya berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian.

1. Kuku pucat

Jika kuku anda berwarna pucat ini berkemungkinan seseorang itu mengalami anemia atau kurang darah.

Tetapi apabila kuku sudah bertukar pucat melampau, sebaik-baiknya berjumpa dengan doktor kerana ia juga petanda awal menderita diabetes dan gangguan pada hati.

2. Kuku berwarna putih

Sebenarnya kuku memiliki titik atau warna putih pada penghujung kuku, akan tetapi jika seluruh kuku berwarna putih, ia mungkin petanda bahawa anda memiliki penyakit hati, buah pinggang, diabetes atau masalah jantung.

3. Kuku kuning

Kuku yang berwarna kuning termasuk tangan bengkak boleh menjadi petanda masalah bronkitis. Tetapi umumnya, kuku berwarna kuning menandakan usia yang telah meningkat atau disebabkan tabiat buruk seperti merokok atau sering mewarnakan kuku.

4. Kuku biru

Jika kuku anda berwarna biru kehitaman, ia menggambarkan anda tidak mendapat cukup oksigen atau tanda badan anda terdapat racun.

Ia juga boleh terjadi disebabkan kesan sampingan ubat-ubatan tertentu atau petanda penyakit berkaitan paru-paru.

5. Kuku mengelupas

Jangan bimbang sekiranya kuku anda mengelupas kerana ia mungkin disebabkan ia terlalu kerap terkena air atau kesan penggunaan pewarna kuku.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]