Elit politik eksploitasi dasar pro-Bumi, kata ahli ekonomi

Seorang ahli ekonomi berpendapat kerajaan perlu belajar dari kesilapan lalu dalam pelaksanaan dasar untuk membantu kaum Bumiputera.

PETALING JAYA: Seorang ahli ekonomi menyalahkan golongan elit politik atas kegagalan dasar yang bertujuan meningkatkan status ekonomi Bumiputera, yang didakwa baru-baru ini.

Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata ahli politik Melayu yang berkuasa mengeksploitasi dasar tindakan afirmatif untuk sokongan politik dan kadang-kadang untuk keuntungan kewangan sendiri.

Beliau tidak mengulas lanjut, namun berkata itu punca sebenar mengapa sebahagian besar perniagaan Bumiputera masih bergelut.

Barjoyai mengulas kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang menggesa kerajaan menjalankan kajian bagi mengetahui mengapa Bumiputera masih melarat walaupun mendapat pelbagai keistimewaan.

Barjoyai Bardai

Anwar dalam kenyataan semalam berkata dasar pro-Bumiputera akan terus gagal jika tidak menyasar kepada golongan “benar-benar memerlukan.”

Barjoyai berkata, kerajaan perlu belajar dari kesilapan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), dengan memperkuat institusi yang sepatutnya membantu pencapaian objektif dasar.

Katanya, institusi Bumiputera mesti tidak dibenarkan menjual kontrak yang diberikan kepada mereka.

“Kalau anda menggaturkan Ali Baba, anda menjalankan institusi sebagai perniagaan dan bukannya badan untuk membantu meningkatkan kemampuan,” katanya kepada FMT.

Barjoyai juga berkata tindakan afirmatif perlu berdasarkan keperluan dan bukannya kaum, sambil menambah, Bumiputera, yang digambarkannya sebagai golongan yang paling memerlukan, akan kekal menjadi penerima utama.

“Tidak masuk akal mereka yang kaya mendapat keuntungan dari tindakan afirmatif kerana mereka akan menolak peluang orang lain, termasuk bangsa sendiri,” tambahnya.

Sementera itu, seorang penyelidik dari DM Analytics, Zouhair Rosli, mengulas perkara berlainan mengenai perbezaan antara bantuan berdasarkan keperluan dan tindakan afirmatif untuk membantu Bumiputera.

Zouhair Rosli

Beliau berpendapat kerajaan sudah menolong orang miskin dari semua kaum.

Beliau memberikan contoh bantuan tunai Bantuan Sara Hidup, dan mengatakan ada bentuk bantuan kebajikan lain yang dapat dimanfaatkan oleh semua kaum.

“Rasional tindakan afirmatif Bumiputera adalah untuk membina keupayaan dan kemampuan Bumiputera,” katanya.

Namun, beliau mengkritik pelaksanaan dasar pro-Bumiputera, dengan mengatakan ia telah dilanda rasuah dan serta pelbagai bentuk bocoran.

“Cara kita membuat dasar itu perlu berubah,” katanya. “Kita perlu menjadi objektif, tetapi masalahnya adalah semuanya politik. Kita beri kontrak kepada orang yang tidak mempunyai kemampuan atau keupayaan.

“Tindakan afirmatif Bumiputera perlu bersasar untuk memberi peluang kepada Bumiputera yang berkemampuan dan memiliki keupayaan untuk memanfaatkan peluang tersebut.”

Jelasnya, beberapa dasar tindakan afirmatif boleh dikaji dan mencadangkan penolakan potongan perumahan untuk golongan kaya dan lebih banyak pembukaan tempat untuk pengajian matrikulasi untuk kaum lain.