Nantikan persembahan BTS di Anugerah Video Muzik MTV 30 Ogos ini

Anugerah Video Muzik MTV (VMA) secara rasmi mengumumkan kumpulan K-Pop terkenal BTS bakal mengadakan persembahan buat julung kalinya di VMA 2020 yang akan berlangsung pada 30 Ogos ini.

Pengumuman itu dibuat selepas BTS berkongsi jadual promosi bagi single terbaru mereka berjudul Dynamite.

“Ia betul-betul bakal berlaku! BTS akan membuat persembahan di VMA 2020 buat kali pertama.

“Jangan lupa 30 Ogos ini di MTV!” menurut tweet yang dikongsikan akaun rasmi MTV.

Peminat grup itu yang digelar Army meluahkan rasa teruja untuk melihat sendiri persembahan kumpulan kesayangan mereka.

Persembahan akan disiarkan secara langsung secara dalam talian pada 30 Ogos ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]