Harga petrol turun 5 sen, diesel 4 sen

PETALING JAYA: Harga minyak turun sedikit seperti diumumkan Kementerian Kewangan hari ini.

Harga runcit RON97 dan RON95 turun 5 sen kepada masing-masing RM1.93 dan RM1.63 sen seliter.

Harga diesel turun 4 sen kepada RM1.79 seliter.

Harga baru ini berkuat kuasa bermula tengah malam 8 Ogos hingga 14 Ogos depan.

Kementerian berkata, penurunan harga adalah disebabkan perubahan harga produk petroleum, selari dengan harga minyak mentah semasa.