Kematian akibat Covid-19 di AS meningkat lebih 160,000

Orang ramai menunggu giliran untuk mengambil ujian Covid-19 di Pantai Miami, Florida pada 30 Jun. (Gambar AP)

MOSCOW: Jumlah kematian akibat Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) kini melebihi 160,000 orang.

Agensi berita Sputnik, yang memetik data daripada Johns Hopkins University, melaporkan jumlah kematian yang tepat adalah 160,090 pada Jumaat.

AS mengesahkan 4,881,974 kes Covid-19 dengan 1,598,624 orang disahkan pulih.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac. AS kekal sebagai negara paling teruk dilanda pandemik itu dari segi jumlah kes dan angka kematian.