Siri animasi kek coklat Mr. Bean jadi realiti

Kek coklat hari jadi dalam animasi Mr. Bean kini dihasilkan oleh seorang netizen.

Bermula era 90an sehinggalah sekarang sitkom bersiri Mr. Bean menjadi pilihan orang ramai sebagai salah satu hilangkan stress.

Tidak kiralah ia dalam bentuk siri “live action”, animasi atau filem tayangannya pasti menjadi pilihan kebanyakan penonton.

Ini kerana aksinya yang bersahaja dan telatah Mr.Bean sememangnya menghiburkan dan melucukan.

Bagi peminat siri ini sudah pasti pernah melihat kek coklat hari jadi dalam siri tersebut?

Baru-baru ini tular di media sosial gambar kek daripada siri animasi Mr. Bean yang dihasilkan oleh pengguna Twitter @nahlahrsl dan berjaya mencuri tumpuan netizen.

Rata-rata netizen berasa teruja apabila melihat perkongsian tersebut dan ingin beliau kongsikan cara-cara untuk membuat kek tersebut.

Menurutnya, kek yang dihasilkan itu secara tidak sengaja sama dengan kek dalam siri animasi Mr. Bean.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]