11 kes baru Covid-19, 3 daripada kluster Kurau

PUTRAJAYA:Sebanyak 11 kes baru Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 19 pesakit sembuh hari ini.

Jumlah kematian kekal 125 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seorang pesakit sedang dirawat di Unit Rwatan Rapi (ICU) dan tiada yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat ini Malaysia merekodkan 9,094 kes Covid-19 dengan 8,803 daripadanya sembuh.

166 pesakit Covid-19 dirawat di seluruh negara.

Noor Hisham berkata, daripada 11 kes baru, 5 dalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan warganegara Malaysia.

11 daripada kes baru hari ini 3 daripadanya adalah daripada kluster Kurau.

Daripada 6 kes penularan dalam negara, 5 melibatkan warganegara Malaysia dan 1 kes bukan warganegara, iaitu kes saringan di tempat kerja di Selangor.

Beliau tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Perincian baki kes penularan Covid-19 dalam negara melibatkan warganegara Malaysia (5 kes) adalah seperti berikut:

  • Johor: 1 kes saringan pra pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta. Beliau dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.
  • Perak: 3 kes daripada kluster Kurau.
  • Melaka: 1 kes saringan kemasukan ke wad di sebuah pusat perubatan swasta. Beliau tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Melaka.