Belum reda Covid-19 kini virus bawaan kutu pula sedang hantui China

Antara simptom jangkitan daripada kutu tersebut termasuk demam panas melebihi 39 darjah celcius, pendarahan dan keletihan.

Disaat semua masih dibelenggu dengan penularan pandemik Covid-19 yang masih tiada penghujung, satu persatu virus lain muncul tanpa disangka-sangka.

Namun itulah realitinya di China ketika ini, apabila republik itu dilapor sedang berdepan satu lagi wabak baru dan kali ini menular menerusi jangkitan kutu atau tick borne, dan dikenali dengan nama “Severe Fever with Thrombocytopenia Syndrome (SFTS)”.

Menerusi laporan news.com.au, setakat ini virus maut itu menjangkiti lebih 60 mangsa dan mengorbankan 6 nyawa di wilayah Jiangsu.

Antara simptom jangkitan daripada kutu tersebut termasuk demam panas melebihi 39 darjah celcius, pendarahan dan keletihan.

Memetik laporan CNBC Indonesia, virus itu sebenarnya sudah lama wujud sejak 2009.

Bukan setakat China, ia juga pernah dikesan di Jepun dan Korea.

Meskipun kebanyakan mangsa dijangkiti menerusi gigitan kutu, namun pakar kini percaya ia boleh menjangkiti individu lain melalui darah, saluran pernafasan dan tempat luka di badan.

Malah haiwan yang dijangkiti wabak itu juga dipercayai berpotensi menularkan jangkitan itu kepada manusia.

Namun punca jangkitan utama masih lagi menerusi gigitan langsung daripada kutu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]