Guan Eng tiba di mahkamah untuk dakwaan rasuah ke-2

Penyokong bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melaungkan slogan di luar mahkamah di Butterworth hari ini.

BUTTERWORTH: Bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba di mahkamah di sini untuk menghadapi
pertuduhan rasuah ke-2 berhubung projek terowong dasar laut dan jalan utama.

Beliau tiba pada 8.52 pagi dengan ditemani ibu bapanya, Lim Kit Siang dan Neo Yoke Tee, adiknya Hui Ying, isterinya Betty Chew serta anaknya Marcus.

Peguam Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh dan RSN Rayer turut dilihat bersama bekas menteri kewangan itu.

Kira-kira 30 penyokongnya turut melaungkan slogan dan bertegas Lim ialah mangsa penindasan.