Kabinet bincang usul tubuh RCI TH dalam masa terdekat

PETALING JAYA: Kabinet akan membincangkan cadangan penubuhan surahanjaya siasatan diraja (RCI) dalam masa terdekat bagi menyiasat dakwaan salah laku di Tabung Haji (TH) terdahulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad berkata, penubuhan RCI itu bertujuan untuk mencari titik penyelesaian yang boleh diterima semua pihak, dan paling utama memastikan segala urus tadbir lembaga itu menepati kepentingannya sebagai institusi milik umat Islam.

“Kerajaan akan meneliti segala transaksi yang dibuat TH sebelum ini ataupun pada masa akan datang. Fokus kita bagi memastikan pelaburan TH dijalankan dengan penuh integrity dan beramanah serta selari dengan matlamat ia ditubuhakan,” katanya ketika sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, beberapa ahli Parlimen mencadangkan RCI ditubuhkan bagi menyiasat secara telus dan menjawab segala dakwaan berkaitan institusi kewangan umat Islam itu.