DBKL tutup kilang pastri kotor

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan penutupan kilang memproses pastri di Jalan Pudu berkuatkuasa esok selepas didapati kotor. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan penutupan sebuah kilang memproses pastri di Jalan Pudu berkuatkuasa esok berikutan keadaan premis yang kotor dan penyediaan makanan tidak memuaskan.

“Terdapat urungan lipas dan najis tikus di ruang stor dan Notis Perintah Penutupan Premis Tidak Suci di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa 12 Ogos 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemeriksaan DBKL terhadap premis itu mendapati lantai dan dinding premis penyediaan makanan dalam keadaan kotor dan berdaki.

Manakala peralatan dan kelengkapan pemprosesan makanan dalam keadaan kotor.

“Pengendali makanan iaitu 3 warga asing Bangladesh dan Indonesia tidak mempunyai suntikan tifoid, malah didapati tidak memakai penutup kepala, apron dan kasut semasa mengendalikan makanan.

“DBKL telah mengambil tindakan di bawah UUK 25(1)(C). Tindakan seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.