6 pergi, 20,000 datang, kata setiausaha agung PPBM

Setiausaha agung PPBM Hamzah Zainudin berkata, pihaknya memerlukan lebih banyak masa untuk membincangkan pembahagian kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah untuk memastikan situasi menang-menang bagi pihak yang terbabit.

PUTRAJAYA: Setiausaha agung PPBM Hamzah Zainudin berkata, parti itu menerima lebih 20,000 permohonan keahlian selepas Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan parti Melayu baru diberi nama Pejuang.

“Enam orang pergi, tetapi 20,000 datang.

“Ini kesan berganda yang baik untuk kita,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Hamzah berkata, PPBM memerlukan lebih banyak masa untuk membincangkan pembahagian kerusi bagi memastikan situasi menang-menang pihak yang terbabit.

“Saya sudah bertemu beberapa pemimpin tertinggi Umno, PAS dan yang lain mengenai pembahagian kerusi.

“Jika pilihan raya negeri berlaku, kita seharusnya mengambil alih kerajaan,” katanya.