Acryl Sani dilantik sebagai pemangku timbalan KPN

Mazlan Mansor (kiri) menyerahkan tugas sebagai pemangku timbalan ketua polis negara kepada Acryl Sani Abdullah Sani di Pusat Latihan Polis di Kuala Lumpur hari ini. Turut hadir ialah Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

KUALA LUMPUR: Acryl Sani Abdullah Sani diumumkan sebagai pemangku timbalan ketua polis negara menggantikan Mazlan Mansor yang akan bersara wajib selepas berkhidmat selama 41 tahun.

Pelantikan itu dibuat dalam satu upacara di sini pagi ini.

Mazlan menjawat jawatan sebagai timbalan ketua polis negara sejak Mei 2019.