Betul atau tidak boleh rawat guna kubis?

Bengkak susu sering berlaku terhadap para ibu yang baru melahirkan anak.

Menyusu merupakan proses penyusuan yang panjang bagi seorang ibu hingga usia bayi 2 tahun atau lebih.

Namun, ada pelbagai masalah yang harus dihadapi ibu ketika cuba menyusukan bayi, antaranya adalah bengkak susu.

Bengkak susu terjadi apabila payudara mengeras tapi susu tak mahu keluar atau sedikit saja.

Bemula dengan masalah susu ibu kurang, payudara anda akan merasa sakit dan puting luka sehingga payudara membengkak.

Berikut tip perkongsian daripada pakar mengenai teknik menggunakan kobis untuk mengurangkan sakit bengkak susu yang dialami oleh para ibu.

Menurut Dr.Muhammad Izzat, para ibu perlu tengok balik tenik penyusuan dan perlu merujuk semula kepada jururawat atau doktor.

Walaupun baby sudah kenyang. Perah dan simpan. Jangan lupa. Sebelum bengkak susu terjadi nak kena buat siap-siap. Semua benda tak kena sebab buah dada bengkak dan sakit. Boleh cuba guna kobis.

Macam mana nak buat?

  • Ambil beberapa helai daun kobis dan cuci bersih
  • Masukkan ke dalam peti sejuk selama setengah jam (tak semestinya perlu masuk dalam peti sejuk, tapi, sejuk boleh membantu mengurangkan kesakitan).
  • Letakkan daun kobis di atas payudara selama 30 hingga 60 minit.
  • Ulang setiap satu hingga dua jam sehingga bengkak surut.

Kalau makin sakit atau breast makin bengkak, merah menyala, atau ibu demam, cepat-cepat jumpa Doktor.

Jangan leka nanti boleh ada jangkitan kuman (mastitis) atau bernanah (abscess).

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]