Serbuk Ajinomoto boleh lebatkan bunga dan pokok buah?

Boleh cuba Ajinomoto sebagai baja jika betul berkesan.

Ada banyak cara yang sering digunakan bagi tanaman-tanaman di rumah yang boleh anda cari Internet.

Namun ada satu cara yang dirasakan agak pelik dan unik bagi melebatkan buah dan pokok bunga, iaitu dengan menggunakan serbuk MSG atau nama lainnya serbuk Ajinomoto.

Kaedah yang digunakan oleh Sifudurian ini berhasil membuatkan pokok mangga mekar berbuah berbanding kaedah lain yang pernah digunakan sebelum ini.

Berikut adalah cara menghasilkan sendiri baja Ajinomoto:

  1. Sukatan 5 sudu makan Ajinomoto dan 5 liter air bagi pokok berusia setahun.
  2. Bagi pokok kecil seperti pokok kari, pokok bunga dan yang berumur setahun ke bawah, 1 hingga 2 sudu makan Ajinomoto dan 5 liter air.
  3. Sebaiknya gunakan air tanpa klorin seperti air tadahan aircond, air hujan, atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.
  4. Waktu siraman campuran air dengan Ajinomoto ini adalah sekitar jam 5 hingga 6 petang keatas. Kekerapan siraman adalah 2 minggu sekali. Siram pada pangkal pokok atau sembur pada dedaun pokok.

Dilaporkan kaedah baja Ajinomoto ini mampu membuatkan pokok menghasilkan pokok dan buah yang lebat, kerana MSG pada Ajinomoto dapat menambahkan kesuburan pokok, mempercepatkan pertumbuhan, serta meningkatkan nutrisi tanaman dan menguatkan antibodi tanaman.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]