Kluster Covid-19 Pusat Perubatan Kuching diisytihar tamat hari ini

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengisytiharkan jangkitan Covid-19 daripada kluster Pusat Perubatan Kuchin tamat hari ini setelah 28 hari tiada kes baru dikesan.

KUCHING: Kluster Pusat Perubatan Kuching diisytihar berakhir hari ini, setelah tiada kes dilapor atau dikesan selepas 28 hari dari tarikh mula kes terakhir dalam kluster itu, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Kluster itu diisytiharkan pada 17 Julai lepas melibatkan sebuah kemudahan perubatan di Kuching membabitkan 3 orang yang disahkan positif Covid-19 daripada 101 orang (kes dan kontak) yang disaring.

Sementara itu, JPBN Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan terdapat 8 kluster yang masih aktif setakat hari ini membabitkan 64 kes.

Jumlah keseluruhan kes postif Covid-19 yang pulih dan dibenarkan discaj setakat hari ini, kekal 659 orang atau 96.63%.

Hari ini, tiada kes positif Covid-19 dilapor, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Sarawak kekal 682 kes.