Muhyiddin hargai sokongan Hadi, ahli Parlimen PAS kepada PN

Menerusi catatan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau hari ini menghadiri sesi ramah mesra bersama ahli Dewan Rakyat dan senator PAS di Parlimen. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin amat menghargai sokongan dan dukungan yang diberikan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan ahli Parlimen PAS kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menerusi catatan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya, Muhyiddin memaklumkan beliau hari ini menghadiri sesi ramah mesra bersama ahli Dewan Rakyat dan senator PAS di Parlimen.

“Saya juga amat berterima kasih kepada pimpinan PAS yang menyambut baik penyertaan PPBM dalam Muafakat Nasional,” katanya.

Turut dimuat naik dalam catatan itu, 5 keping gambar Muhyiddin bersama Hadi serta ahli Dewan Rakyat dan senator PAS.