PAS Papar sasar DUN Pantai Manis pada PRN Sabah

Hasrat PAS Bahagian Papar bertanding di DUN Pantai Manis pada PRN akan datang akan dibincangkan Muafakat Nasional.

PAPAR: PAS Bahagian Papar berhasrat bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Manis pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Pemudanya, Hendri Hamsah berkata, usul itu sudah diluluskan mesyuarat agung tahunan PAS bahagian itu.

“PAS Cawangan Kampung Takis mengusulkan PAS Papar bertanding di kerusi DUN Pantai Manis pada PRN Sabah kali ini.

“Bagaimanapun, komitmen ini akan mengambil kira rundingan di peringkat nasional dan negeri khususnya bersama rakan Muafakat Nasional,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Yang Dipertua PAS Papar, Abd Salim Karim menyeru parti itu menghidupkan semula jentera pilihan raya parti di Papar bagi menyusun strategi kemenangan di kerusi Pantai Manis.