Covid-19: Kluster Bukit Tiram, Mambong tamat hari ini

Kementerian Kesihatan melalui laman Twitternya memaklumkan kluster Bukit Tiram sebelum ini merekodkan 10 kes positif merangkumi 6 warga Malaysia dan 4 bukan warganegara.

KUALA LUMPUR: Dua kluster masing-masing Bukit Tiram di Johor dan kluster Mambong di Sarawak diisytiharkan tamat hari ini.

Kementerian Kesihatan melalui laman Twitternya memaklumkan kluster Bukit Tiram sebelum ini merekodkan 10 kes positif merangkumi 6 warga Malaysia dan 4 bukan warganegara.

Kementerian itu turut memaklumkan bagi kluster Mambong, 7 kes dilapor melibatkan 5 warga Malaysia manakala selebihnya warga asing.

“Tiada kes kematian dilaporkan bagi kedua-dua kluster ini. Jumlah (keseluruhan) kluster tamat kini sebanyak 91,” katanya.

Semalam, 4 kluster di Sarawak ditamatkan iaitu Sentosa, Satok, kluster pesakit bawah siasatan (PUI) Melbourne dan kluster Kejuruteraan Kuching.