Remaja maut dihempap pokok ditebangnya

Mangsa, Rainoid Mesayun, 18, maut selepas dihempap pokok ditebangnya sendiri di Jalan Penempatan, Luyang, Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU: Seorang remaja maut selepas dihempap pokok yang ditebangnya sendiri dalam kejadian di Jalan Penempatan, Luyang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu mangsa Rainoid Mesayun, 18, yang juga pekerja kontrak disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Kota Kinabalu Habibi Majinji berkata, selepas menerima panggilan berhubung kejadian sepasukan anggota bergegas ke lokasi dan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dengan kecederaan di kepala.

“Menurut saksi mangsa sedang memotong pokok seorang diri, bagaimanapun, sebaik menyedari pokok berkenaan hampir tumbang, mereka terus menjerit mengarahkan mangsa melarikan diri.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

“Namun, mangsa lari ke arah yang salah dan terus dihempap pokok besar itu,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Habibi berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh doktor dari Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2) pada jam 12.32 tengah hari.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke bilik mayat QEH1 untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat. Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.