MP DAP pengerusi PAC

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan usul pelantikan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu.

Usul itu diluluskan selepas ia disokong melalui udian suara.

Majoriti wakil rakyat kerajaan dan pembangkang yang hadir sebulat suara menyokong pelantikan itu.

“Usul disetujukan sebulat suara,” kata Speaker Azhar Harun.

Usul memilih Wong untuk menggantikan Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) dan Azizah Mohd Dun (PPBM-Beaufort) sebagai naib pengerusi PAC dibaca Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),Takiyuddin Hassan.

“Mengikut peruntukan Mesyuarat 77 (2), Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, saya mengemukakan usul bahawa ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh dipilih bagi menggantikan Noraini Ahmad sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Azizah Mohamad Dun sebagai naib pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara,” kata Takiyuddin.

Wong yang juga ahli Parlimen DAP sebelum ini adalah timbalan pengerusi PAC.