PRN Sabah: Polis Sarawak bantu jika perlu

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata elemen lain dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan turut membantu memperkukuhkan kawalan keselamatan sepanjang proses PRN Sabah nanti.

TAWAU: Polis Sarawak akan dihantar jika ada keperluan untuk membantu memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah September ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata, polis Sabah akan menentukan bilangan anggota bertugas yang diperlukan pada proses PRN nanti.

“Terpulang kepada Sabah sekiranya memerlukan bantuan, anggota paling dekat yang boleh dihantar ialah dari Sarawak dan sekiranya perlu lagi (tambahan) dari Semenanjung juga akan dihantar,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, elemen lain dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan turut membantu memperkukuhkan kawalan keselamatan sepanjang proses PRN Sabah itu nanti.

Mengenai lawatan beliau ke Sabah, Huzir berkata lebih 60 balai diperiksa sejak 22 Ogos lalu membabitkan 7 pasukan pemeriksaan dari Bukit Aman.