Musa hadir majlis PM jumpa pimpinan Sabah

Hajiji Noor (kanan, buka pelitup muka) berborak dengan Musa Aman sebelum majlis perjumpaan Muhyiddin Yassin dengan pimpinan Sabah di Kota Kinabalu malam ini.

KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri, Musa Aman menghadiri majlis perjumpaan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dengan pimpinan Sabah malam ini.

Musa yang tiba kira-kira 7.30 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, disambut beberapa pemimpin, termasuk Ketua PPBM Sabah, Hajiji Noor.

Turut hadir ialah Ketua Barisan Nasional Umno dan Umno negeri, Bung Moktar Radin.

Majlis perjumpaan itu turut dihadiri pemimpin dari Umno, Parti Bersatu Sabah (PBS), STAR, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), MCA dan SAPP.