Lebih 25 juta kes Covid-19 disahkan di seluruh dunia

Seorang kakitangan perubatan mengambil sampel darah daripada seorang wanita ketika kempen ujian saringan Covid-19 dari rumah ke rumah di kawasan penempatan Villa Rosasani, La Paz, Bolivia pada Jumaat lalu. (Gambar AP)

PARIS: Lebih 25 juta kes Covid-19 disahkan di seluruh dunia, menurut pengiraan sumber rasmi oleh AFP hari ini.

Sekurang-kurangnya 25,029,250 orang dijangkiti virus itu dengan 842,915 daripadanya meninggal dunia.

Hampir 40% daripada semua kes Covid-19 itu dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat dan Brazil, 2 negara yang paling teruk terjejas akibat pandemik itu.